Kalau kita membaca al Quran dan al Hadith kita akan bertemu sejarah dahulu
sekarang dan akan datang.
Allah SWT
menceritakan di dalam al Quran berkenaan diriNya sendiri iaitu Allah SWt
mempunyai Asma’ al Husna atau Nama Yang Baik-Baik. Allah SWT segagai pencipta
dan pemelihara alam ini.
Allah SWT telah
mencipta roh yang kemudiannya dihantar ke muka bumi utnuk diuji siapakah yang
lebih baik amalan mereka.
Dikisahkan sebelum
kelahiran Adam AS ada makhluk-makhluk lain yang telah diuji.
Kini anak cucu
Adam AS sedang diuji untuk menilai amalan mereka.
Allah SWT telah
menciptakan Adam AS dan Hawa di dalam syurga hingga mereka digoda oleh Iblis
menyebabkan kedua-duanya turun kedunia.
Pertemuan Adam AS
dengan Hawa di Padang Arafah adalah satu sejarah yang diingati hingga
kini iaitu Ukuf di Padang Arafah menjadi fardhu haji.
Adam AS berkahwin
dengan Hawa telah melahirkan manusia di muka bumi.
Oleh kerana Iblis
tidak henti-henti menggoda anak cuku Adam maka ramailah yang menjadi sesat.
Setiap kesesatan
umat akan diutuskan rasul atau utusanNya untuk menyelamatkan mereka dari
kesesatan.
Dari Adam AS
hingga nabi Muhammad SAW terdapat 313 orang rasul dan 124,000 nabi.
Semua Nabi dan
Rasul membawa risalah yang sama iaitu tauhid keapda Allah SWT, beribadah kepada
Allah SWT dan berakhlak mulia.
Nabi Muhammad SAW
telah diutuskan kepada semua umat seluruh dunia.
Baginda dilahirkan
di Makkah dan berpindah ke Madinah.
Segala ajaran al
Quran telah diamalkan olah baginda yang kita sebut sebai al sunnah atau al
hadith.
Setelah kematian
baginda telah diganti dengan sahabat baginda yang disebut sebagai Khulafa al
Rasiydin.
Rasulullah SAW
telah mengajar umat Islam beribadah, bermuamalah, berpolitik, berkeluarga dan
sebagainya menjadikan cara hidup Islam yang disebut sebagai al Din.
Rasulullah SAW
menceritakan setiap manusia akan mati dan mengadap Allah SWT untuk menilai amal
mereka di dunia dahulu.
Mereka yang
mendapat suratan amalan dengan tangan kanan akan berbahagialah bakal dimasukkan
ke dalam syurga.
Mereka yang
derhaka kepada Allah SWT dan tidak mendapat keampunan akan dimasukkan ke dalam
nereka.
Di dalam syurga
kelak hamba-hamba yang diredhai akan dapat melihat wajah Allah SWT. Kekal
selama-lamanya.